New Videos from Youtube

Astro First | Sembunyi


Sembunyi
Aishah dari zaman jajahan Jepun dipukul hingga pengsan semasa cuba melarikan diri dari askar Jepun. Dia tersedar di sebuah kampung sunyi dan diberi perlindungan oleh penduduk kampung. Aishah sering didatangi kanak-kanak cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu yang makhluk yang hanya dikenali sebagai Azazil sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya yang selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik sahaja Aishah menjejak kakinya di sana.

Astro First | Dua Kalimah


Dua Kalimah
Sepasang kekasih, Aiman dan Selena, berdepan dengan tiga kematian ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman Aiman. Mereka melihat azab diberi Allah kepada si mati di mana ketika hayat, menggamal ilmu sihir, berzina dan derhaka kepada orang tua. Selena menganggap ia adalah petanda Allah menyuruh mereka bertaubat . Aiman mengugut Selena bila dia nekad menceritakan hal sebenar tentang mereka. Satu hari, Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.

Astro First | Gila-Gila Remaja 2


Gila-Gila Remaja 2
Afiq yang berasal dari keluarga kaya, hanya berminat dengan perlumbaan motosikal serta gemar menari. Manakala Lisa pula seorang gadis kampung miskin yang pendiam. Haikal iaitu abang kepada Lisa bersifat tegas dan sentiasa mengawalnya. Di kolej, Afiq jatuh hati terhadap Lisa tetapi Lisa hanya melihat Afiq sebagai kawan baik yang juga merupakan teman rapat Erna. Kris yang menyukai Erna pula berasa iri hati terhadap persahabatan Erna dengan Afiq yang mengakibatkan saingan di antara mereka berdua.

Astro First | Lawak Ke Der 2


Lawak Ke Der 2
Pepatah mengatakan “Tawa adalah penawar segala duka.”. Jika benar, persembahan Lawak Ke Der 2 ini adalah penawar terbaik. ‘Lawak Ke Der 2’ adalah satu persembahan pentas berkonsepkan komedi yang menampilkan barisan pelawak terkenal negara. Ia diarahkan oleh penerbit/pengarah/pelakon terkenal, Hans Isaac. Filem ini mencatat sejarah Negara di mana ia merupakan persembahan teater pertama yang dibawakan ke pawagam dan kini dengan “Lawak Ke Der 2: Edisi Khas” di Astro First!

Astro First | Rock Oo


Rock Oo
Rock Oo merupakan kesinambungan filem Rock yang mengisahkan tentang perjuangan rockers kampung iaitu Rimba Bara yang bersemangat teguh untuk menempah nama di arena muzik tempatan yang akhirnya menjadi kenyataan. Amy Mat Piah merupakan seorang yang berpegang kepada perinsip pantang anak petani moden mengaku kalah berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan Rimba Bara dengan memujuk Jijo, Slash Haji Tapah dan Mi Black kembali dalam kumpulan rock mereka.

Astro First | Ah Boy to Men 2


Ah Boy to Men 2
Setelah sembuh dan sedar akan kesilapan-kesilapannya, Ken kembali ke Pulau Tekong untuk meneruskan Latihan Asas Ketenteraan (BMT). Berazam untuk berubah, Ken bersedia untuk membuktikan dirinya. Bagaimanapun , perubahan sikap Ken ini, dengan serta-merta mengundang kebencian dan cemuhan daripada beberapa rakan-rakan Seksyennya yang diketuai oleh Lobang. Dalam persekitaran yang saling syak wasangka dan mensabotaj, adakah mereka boleh berjabat tangan dan bekerja bersama-sama untuk berdepan dengan cabaran terbesar mereka?

Anak Sampah

Vanila Coklat Raya

Lagenda Budak Setan 2

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. iShareTV - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger | Bloggerized by Kerala Web Hosting