Sembunyi
Aishah dari zaman jajahan Jepun dipukul hingga pengsan semasa cuba melarikan diri dari askar Jepun. Dia tersedar di sebuah kampung sunyi dan diberi perlindungan oleh penduduk kampung. Aishah sering didatangi kanak-kanak cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu yang makhluk yang hanya dikenali sebagai Azazil sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya yang selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik sahaja Aishah menjejak kakinya di sana.